Zink Shaklee kini dengan fomula baru “Zink Bebas Gluten”

RM0.00 Shaklee: Pls be informed, we have an improved formula for Zinc Complex which is “Gluten Free” and it’s available for sale now. TQ

Alhamdulillah.. Pagi-pagi lagi hari ini dapat sms dari Shaklee Zinc Complex dah ada balik dah. Lama jugak Zinc Complex ni habis stok. Mana tak nya, ramai yang berebut nak dapatkan Zinc Complex ni. Banyak sangat kegunaan dan khasiat zink kepada kesihatan badan kita terutamanya bagus untuk kesuburan, menyembuhkan luka, antibakteria, masalah keguguran rambut, dan banyak lagi. Dan yang terbaru yang baru saya kongsi di entry yang lepas tentang zink juga mampu menyembuhkan selesema.

Dan.. terkini formula Zinc Complex Shaklee telah diperbaharui dengan BEBAS GLUTEN. Wah! Shaklee ni akan terus membuat penyelidikan tanpa henti bagi memastikan produk-produknya sentiasa yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Gluten? Macam pernah dengar kan? Tapi tahu ke apa itu gluten? Kat US sekarang ni memang tengah famous la isu FREE GLUTEN ini. Semua benda dah nak free gluten sekarang.

zinc shaklee bebas gluten
Gambar Hiasan – Makanan Bebas Gluten

APA ITU GLUTEN?

Gluten adalah protein melekit dan elastik yang terkandung di dalam kanji terutaman gandung, barli, sedikit pada oats, dan sebagainya. Jadi, gluten ada dalam roti, biskut, pasta, breakfast cereal, mi, dan semua jenis makanan yang dibuat dari tepung gandum. Dalam proses pembuatan roti, gluten bermanfaat untuk mengikat dan membuat adunan menjadi elastik sehingga mudah dibentuk.

DI MANA GLUTEN PADA ZINC COMPLEX?

Di dalam Zinc Complex Shaklee mengandungi “Roasted Barley Powder”, dan inilah yang diperbaharui oleh Shaklee dengan menghasilkan formula baru BEBAS GLUTEN

BAHAYAKAH GLUTEN?

Gluten sebenarnya tidak lah merbahayakan kesihatan. Tetapi ada sesetengah orang yang alah dengan gluten setelah mengambilnya beberapa jam. Badan secara automatik akan menghasilkan tindakbalas imun yang tidak normal apabila badan tidak berupaya mencerna gluten itu. Ini akan menghalang penyerapan gluten (zink) ke dalam badan. Antara simptom alahan yang biasa ialah;

  • masalah ketidakhadaman ~ sebu, kembung, cirit-birit atau sembelit
  • letih atau lesu
  • hilang selera makan
  • mood tidak stabil
  • ruam pada kulit atau gatal-gatal
  • batuk atau sakit tekak
  • mata beraiar

JADI, HARUS ELAKKAN GLUTEN?

Tidak! Tidak ramai sebenarnya yang mengalami alah pada gluten ini. Cuma sebilangan sahaja. Ini perkara biasa seperti mereka yang mengalami resdung alah terhadap makanan laut. Bagaimanapun gluten merupakan jenis protein yang juga diperlukan oleh tubuh kita. Makanan yang mengandungi gluten juga kaya dengan enzim, vitamin, mineral, dan antioksidan yang memang baik untuk kesihatan tubuh badan. Maka tiada alasan untuk menjauhi roti, oat, barli dan yang seumpamanya.

Tidak ada yang merbahaya tetapi Shaklee mengambil LANGKAH SELAMAT untuk memastikan Zinc Complex Shaklee sesuai untuk semua.

Vitamin Kita Shaklee

Zink Shaklee Terbaru Bebas Gluten
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge