Vitamin C Penyebab Gastrik? | Selalu sangat kan persoalan ni muncul.
“Saya ada gastrik. Tak sesuai la makan vitamin C sebab vitamin C ni ada asid. Boleh jadi penyebab gastrik kan?”
Itu soalan yang selalu saya dengar dari customer yang mempunyai masalah gastrik. Sebelum kita cerita lebih lanjut tentang kaitan vitamin c penyebab gastrik ini betul atau tidak, mari kita ambil tahu serba sedikit tentang gastrik terlebih dahulu.
Gastrik merupakan keradangan pada laipsan perut yang disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama biasanya berpunca dari jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang boleh menyebabkan masalah ulser perut. Gangguan autoimun atau kesan panjang penggunaan ubat tahan sakit (pain killer) atau paracetamol secara berlebihan juga boleh mengakibatkan masalah gastrik. Gastrik boleh berlaku tiba-tiba tanpa ada apa-apa amaran terlebih dahulu (gastrik akut), atau boleh juga menyerang secara beransur-ansur (mula-mula sakit yang sederhana dan kemudiannya akan bertambah kronik). Dalam kebanyakan kes, gastik tidak meninggalkan kesan kerosakan yang teruk kepada lapisan perut.

Simptom Gastrik
Simptom biasa adalah rasa senak dan mencucuk-cucuk pada bahagian kiri perut. Antara simptom lain adalah;
- masalah ketidakhadaman
- pedih ulu hati
- sakit perut
- sering tersedu
- hilang selera makan
- loya
- muntah-muntah
- najis kehitam-hitaman
Punca Gastrik
Gastrik boleh disebabkan oleh jangkitan, kerengsaan, gangguan autoimun (sistem imun tersilap menyerang perut), atau pengaliran balik hempedu ke dalam perut (refluks hempedu). Gastrik juga boleh disebabkan oleh gangguan darah yang dikenali sebagai pernicious anemia
Jangkitan pula boleh disebabkan oleh;
- bacteria (kebiasaannya Helicobacter pylori)
- virus (termasuk herpes simplex virus)
- parasit
- fungus atau kulat
Beberapa penyebab kerengsaan pula termasuklah;
- kesan penggunaan ubat jangka panjang ubat anti radang non-steroid seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Aleve)
- minuman keras
- merokok
- muntah-muntah yang teruk
- kopi atau minuman berasid seperti minuman berkarbonat
- minum atau makan makanan beracun
Betulkah Vitamin C Penyebab Gastrik?
Sebenarnya vitamin memainkan peranan yang besar bagi membantu melegakan simptom-simptom gastrik. Vitamin C salah satunya yang sangat-sangat digalakkan. Jangan tak tahu yang vitamin C merupakan Raja segala vitamin yang memang disarankan untuk setiap orang sebagai penggalak imun sistem, dan juga berperanan sebagai antioksidan. Ada kajian saintific yang menemui mereka yang mengamalkan vitamin C dalam diet seharian berisiko rendah untuk diserang penyakit kronik dan berpeluang untuk menikmati hidup yang sihat lebih lama.
Ramai pesakit yang mengalami masalah gastrik sebenarnya kekurangan vitamin C. Berdasarkan hasil kajian, vitamin C berupaya mengurangkan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria H.pylori, iaitu salah satu daripada jangkitan paling biasa menyebabkan gastrik. Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi dan garam kalsium ke dalam badan dengan lebih efektif. Untuk mereka yang meenghadapi masalah penghadaman (salah satu punca gastrik), pengambilan vitamin C boleh memudahkan proses penghadaman dan menenangkan kerengsaan pada lapisan perut. Walaupun secara khususnya vitamin C bukanlah penyembuh untuk masalah gastrik tetapi pengambilan vitamin C BUKANLAH PENYEBAB GASTRIK malah dengan mengamalkan vitamin C dapat memberikan perbezaan yang significant bagi mereka yang menderita masalah gastrik yang kronik.
Sumber; Gastritis Voices yahoo
Anda mahu mendapatkan Vitamin C?
Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
saya suka sangat vitamin C, hari saya makan sebagai makanan tambahan harian
Nurul recently posted…Harum Malam Menyelesaikan Masalah Bau Badan