tips mata cantik vitamin kita

Orang kata dari mata turun ke hati. Dari matalah bermula segalanya. Dan mata juga sebenarnya yang menjadi indeks pengukur untuk meneka umur seseorang. Kalau matanya segar, orang kerap mengandaikan umurnya masih muda. Kalau matanya sembab, orang akan meneka dia sudah berusia. Betulkah?

Mestilah tidak!! Mata tidak sepatutnya dijadikan ukuran untuk menilai usia seseorang. Ramai wanita muda yang kelihatan lebih tua jika mempunyai lingkaran hitam bawah mata dan kantung mata (eyebag). Bertambah parah bila diri yang sentiasa sibuk tidak mempunyai masa untuk menguruskan diri sendiri. Tetapi yang pasti mata merupakan perkara pertama yang dilihat pada wajah.

Untuk membantu anda mendapatkan mata cantik bersinar, segar dan berseri, berikut kami berikan panduan paling mudah. tak perlu berbelanja mahal. Anda boleh lakukannya di rumah sambil melayan mode “santai” dan “istirehat”

KETULAN AIS

ais untuk mata cantik

Anda perlu membungkus ketulan ais di dalam kain. Kemudian tekapkan pada bahagian mata terutama di bahagaian bawah mata yang seringkali kelihatan kantung mata yang besar. Sekiranya anda tidak suka ia terlalu berair, boleh gunakan sudu. Letakkan sudu di dalam peti bahagian sejuk beku semalaman. Kemudian, tekapkan ia pada bahagian bawah mata. Kedua-dua cara ini dipercayai dapat membantu mata yang letih.

MINUM AIR PUTIH

tips mata cantik vitamin kitaDalam kesihatan, air adalah sumber paling bagus. Anda dinasihatkan supaya minum air dalam kadar yang cukup. Walaupun dia tidak menghilangkan mata sembab dalam satu malam, sekurang-kurangnya ia membantu proses pemulihan dalam tubuh kita.

 

 

UNCANG TEH

teh untuk mata cantikIni juga salah satu cara paling klasik. Saya percaya ramai orang biasa dan tahu cara ini. Namun adakah kita mempraktikkannya? Usah malas kalau nak mata cantik. Anda boleh gunakan uncang teh yang telah digunakan (telah kembang), atau anda boleh rendam dahulu uncang itu buat seketika dan angkat. Biarkan selama 10 minit. Kemudian tekapkan uncang itu ke mata. Kandungan kafein yang ada di dalamnya dipercayai berkesan mengurangkan kesan sembab pada mata.

TIMUN

timun untuk mata cantikIni juga kaedah biasa yang kita dengar dan sebenarnya salah satu cara yang paling baik untuk menyegarkan mata. Kandungan astrigent yang ada pada timun sangat bagus untuk mengurangkan kesan sembab mata. Potong timun terlebih dahulu kepada hirisan nipis dan simpan seketika di dalam peti sejuk. Kemudian, letakkannya di atas mata dan biarkan selama mana yang anda suka. Anda pasti selesa dan jangan salahkan saya kalau anda boleh terlelap nanti 🙂

 

SELAMAT MENCUBA!!

Olahan dari sumber asal Majalah Rapi April 2013

Tips Miliki Mata Yang Cantik
Tagged on:     

2 thoughts on “Tips Miliki Mata Yang Cantik

Leave a Reply to nord Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge