tips untuk cantik

70% daripada tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu kesihatan kita amat berkait rapat dengan kuantiti air yang masuk ke dalam tubuh. Tanpa air yang mencukupi, sistem badan kita tidak akan dapat berjalan dengan sempurna dan lancar. Secara tidak langsung, kecantikan dan kesegaran wajah juga akan merosot. Air muka pun akan kelihatan lebih kusam dan tidak bermaya.

Tahukah anda bahawa air sangat berguna untuk kecantikan dan dapat membantu anda tampil lebih cantik semulajadi?

MENAMBAHKAN SERI

Jika tubuh terhidrat elok di dalam, kulit akan terlihat lebih segar dan berseri. Pakar nutrisi Keri Glassman dan juga penulis The 02 Diet menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Ya, ramai dari kita tahu tentang ini tetapi ramai juga yang tidak mengamalkannya kan? Namun bagi mereka yang mengamalkan tips minum air 8 gelas sehari ini pastinya bersetuju dengan kenyataan “menambah seri” ini.

TEGANGKAN KULIT

Sejak berabad dulu, penduduk Eropah Barat sering melakukan terapi air untuk menyahtoksin dan menegangkan kulit mereka. Prosesnya bermula dengan sesi di bilik stim untuk melembutkan kulit dan membuka pori-pori. Kemudian mereka berendam di dalam kolam yang sejuk pula untuk memberikan “kejutan” pada kulit. Anda juga boleh melakukannya di rumah. Rendam tuala muka ke dalam air hangat. Tekapkan di wajah selama beberapa minit. Kemudian cuci muka dengan air suam. Seterusnya percikkan air sejuk (ais) ke muka selama kira-kira 10-15 minit. Nampak macam tradisional kan? Tetapi YA! Ianya sangat berkesan untuk menegangkan kulit wajah.

TAMBAHKAN SINAR RAMBUT

Ramai pakar pendandan rambut berpendapat bilasan air sejuk semasa mencuci rambut lebih memberikan kilatan dan sinar yang cantik pada rambut berbanding air suam. Ia memang benar! Suhu sejuk ini menegangkan lapisan kutikel rambut. Dan seterusnya menjadikan rambut lebih kuat, lembut dan berkilat (bukan berminyak)

SELAMAT MENCUBA!!

Vitamin Kita Shaklee

Air, Sumber Cantik Semulajadi

2 thoughts on “Air, Sumber Cantik Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge