Jeragat adalah tompokan perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan kulit yang disebabkan oleh melanin yang terkumpul. Selalunya masalah ini sering terjadi di kawasan muka terutamanya di kawasan bawah mata dan pipi. Namun terdapat juga jeragat di bahagian hidung atau dahi. Jeragat boleh dipudarkan dan dikurangkan tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. 
  • Seborrhoic keratoses ~ timbul seperti biji hitam dan tahi lalat hidup
  • Melasme ~ tompok hitamatau kelabu leper di bawah lapisan kulit
  • Skin tag ~ daging lebih bewarna coklat kehitaman yang kebiasaannya ada pada bahagian ketiak dan leher.
Jeragat adalah penyakit kulit yang biasa yang seringkali terjadi kepada kita. Ianya tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan untuk tempoh yang lama tanpa rawatan akan menjadi lebih serius dan boleh mendatangkan risiko kanser kulit. Jeragat juga boleh mengganggu tahap keyakinan diri seseorang yang merasakan “hodoh” untuk dipandang.

Jeragat bukan masalah wanita sahaja tetapi boleh terjadi kepada golongan lelaki juga. Tetapi risiko paling tinggi adalah golongan wanita yang berkulit sawo matang, keperangan, dan kuning langsat. Kes paling tinggi dialami oleh wanita yang berusia di antara 25-50 tahun dan akan menyebabkan kulit kelihatan kusam dan kering. Namun begitu terdapat juga mereka yang kulit berminyak dan mengalami masalah jeragat ini.

Sebab terjadinya jeragat;
  1. terdedah kepada sinaran uv matahari
  2. hormon yang tidak seimbang (mengandung atau selepas bersalin)
  3. kesan mekap dan kosmetik yang tidak berkuati/bahan kimia
  4. pengambilan ubat-ubatan seperti pil hormon
  5. keturunan
  6. sering gelisah dan tidak cukup tidur
Langkah pencegahan;
  1. elakkan dari kerap terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan gunakan krim penghalang uv yang bersesuaian
  2. jangan gunakan kosmetik tiruan atau yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya
  3. tambahkan pengambilan makanan berkhasiat yang tinggi asid folic, sayuraan berdaun hijau, buah-buahan dan bijirin.
Vitamin apa yang bagus untuk membantu?

Vitamin C
Merupakan salah satu vitamin yang penting untuk kesihatan kulit keseluruhannya, yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan kolagen semulajadi pada kulit. Vitamin C juga merupakan antioksidan yang bekerja untuk memudarkan tompok-tompok hitam seterusnya mencerahkan tona kulit. Vitamin C juga membantu menghalang penghasilan melanin yang berlebihan (yang seringkali dikaitan dengan kerosakan kulit seperti jeragat). Vitamin C boleh didapati dengan mudah melalui buah-buahan dan sayur-sayuran.

B Complex
Vitamin B Complex juga membantu dalam penghasilan kulit yang sihat. B Complex membantu menguraikan protein kepada asid amino, supaya sel-sel kulit mampu mendapatkan asid amino yang diperlukan. Vitamin B5 dan B12 adalah sangat penting untuk metabolisma asid amino yang diperlukan untuk pigmentasi kulit yang sekata. Vitamin B5 boleh didapati secara semulajadi dalam makanan seperti oat, telur dan beras, manakala vitamin B12 boleh didapati daripada daging, telur dan produk tenusu.

Vitamin A
Vitamin A mempunyai beberapa fungsi untuk kecantikan kulit dan salah satunya adalah membantu merawat pigmen dan noda-noda hitam pada kulit. Vitamin A juga merupakan antioksidan untuk menghalang proses oksidatif dalam sistem tubuh badan kita.

Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang kuat, yang melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada alam sekitar. Vitamin E juga membantu untuk merawat kemerahan, kekeringan dan kerengsaan lain di permukaan kulit. Ia bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi. Ini boleh mengurangkan risiko beberapa masalah kulit yang disebabkan pendedahan kulit yang terlalu lama terhadap cahaya matahari. Vitamin E sangat mudah digunakan melalui diet anda – anda boleh merasanya dalam minyak zaitun, vitamin E dan walnut. Dan anda juga boleh menyapu vitamin E ini terus kepada kulit melalui krim pelembab atau losyen.

Protein
Protein membantu dalam penghasilan sel-sel kulit yang sihat serta membantu mengurangkan kesan hitam pada jeragat. Protein yang sihat akan merangsang pembentukan sel kulit yang lebih sihat. 

Apa pula cadangan untuk berikhtiar dengan product Shaklee?


  • Sustained Release Vitamin C 500mg ~ mengandungi bioflavanoids iaitu tumbuhan yang banyak nutrien dengan kuasa antioksidan yang sangat hebat. Gabungan bioflavanoids dan vitamin C ini menjadikannya lebih efektf dan berkesan. Menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi pada kulit yang mengekalkan keanjalan dan ketegangan agar sentiasa nampak muda. Istimewanya Vitamin C Shaklee ini bertindak dengan pelepasan berperingkat selama 5 jam. 1 tablet vitamin C ini juga bersamaan dengan khasiat vitamin C 7.5 biji buah oren termasuk kulitnya sekali.
  • B Complex ~ B Complex Shaklee lengkap dengan asid folic dan 7 kumpulan vitamin B yang lain iaitu B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, dan B12. B Complex membantu menghasilkan tona kulit yang lebih sekata dan membuatkan kulit berseri dan kemerah-merahan. 
  • Carotomax ~ perlindungan antioksidan, dari buah-buahan dan sayur-sayuran melalui cara pengasingan dan menyalurkannya dalam bentuk flavanoid dan karatenoid yang semulajadi.
  • Vitamin E with SileniumKandungan minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, membantu menyeimbangkan kadar sebum kulit wajah anda. Dengan itu ia amat efektif memberikan kulit wajah anda nampak lembut, lembab dan halus. Ia juga membantu membunuh bakteria yang menjadi ajen pertumbuhan jerawat. Sinaran UVB yang membuatkan kulit kering dan terbakar ini boleh menyebabkan jeragat, dan parut jerawat tidak hilang dan bertambah hitam. Oleh itu dengan bantuan Vitamin E Shaklee dapat membantu melindungi kulit dan mencerahkan kulit yang berjeragat serta parut di wajah kesan dari jerawat.
  • ESPSumber protin bagus untuk pembentukan organ dan tisu/ sel-sel baru, membantu vitamin lain untuk penyerapan yang lebih berkesan sekali, mencantikkan kulit dan mencerahkan kulit yang tidak sekata dan memperbaiki pigmentasi dan jeragat.
  • GLA ComplexMenstabilkan hormon dan melembabkan lapisan epidermis kulit. GLA juga mengurangkan keradangan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV matahari. 
Bagi anda yang mahu mencuba rawatan luaran pula, mungkin boleh mencuba NutriWhite Spot Whitening Treatment ini.


  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
* SMS | WhatsApp 0199109009 (Yana)
* Live chat di http:/www.facebook.com/yana.fandi.1

Saya pengedar Shaklee yang sah di Ampang. ID no 830028 (Haliyana).
COD area KL Sentral, Glenmarie Shah Alam pada hari berkerja (lunch time). Dan sekitar Ampang pada hari-hari lain & malam hari bekerja.
Pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Vitamin Untuk Masalah Jeragat
Tagged on:                                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge