Kulit kita memerlukan makanan berkhasiat untuk sentiasa kekal sihat. Jika anda kekurangan vitamin tertentu, pengambilan suplemen sebagai makanan tambahan adalah sangat-sangat digalakkan untuk mengembalikan keremajaan kulit yang sentiasa sihat. Suplemen atau vitamin boleh menghalang masalah kulit berminyak dan berjerawat dengan meningkatkan sistem imun badan serta melindungi dari pencemaran alam sekitar. Suplemen dan vitamin tertentu dapat membantu mengatasi masalah kulit berminyak, bintik hitam, dan kemunculan liang pori yang semakin membesar. Tetapi awas!! Harus diingat bahawa suplemen bukan PENGGANTI kepada makanan natural yang berkhasiat. Ianya hanyalah makanan tambahan dan pengambilan yang berlebihan juga tidak disarankan sama sekali kerana dapat menjejaskan kesihatan anda. Maklumlah zaman sekarang ini ramai yang terlalu agresif ingin kekal cantik dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang bakal diperolehi kelak.


Apa yang baik untuk membantu masalah kulit berminyak, liang pori besar dan masalah bintik-bintik hitam yang sering melanda wanita asia ini?

Vitamin A
Sebenarnya, pori-pori dimuka kita menghasilkan minyak yang perlu pada kulit untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Walau bagaimanapun, sekiranya penghasilan minyak ini terlalu banyak, liang pori-pori boleh tersumbat dengan pengeluaran sebum yang banyak dan sel-sel kulit mati seterusnya terjadi pula masalah bintik-bintik hitam yang akan mengakibatkan liang pori-pori kulit muka semakin membesar. Vitamin A penting untuk mengekalkan, membaik pulih, dan mengukuhkan sel-sel tisu pelindung kulit anda. Vitamin A bertindak sebagai antioksida yang membantu menyingkirkan toksin dari badan serta membantu mengawal penghasilan sebum yang seimbang. Retinoid yang didapati dari vitamin A boleh membantu merawat dan mencegah masalah jerawat.

Zink
Tahukah anda, masalah jerawat boleh berlaku jika diet anda adalah kekurangan zink. Makanan tambahan zink mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-bakteriayang penting untuk kelenjar penghasilan minyak. Zink boleh mengurangkan jerawat, mengecilkan liang pori, juga membantu masalah bintik-bintik hitam akibat masalah kulit berminyak. Zink boleh bertindas balas dengan tetracycline, iaitu sejenis ubat rawatan jerawat. Jadi, berundinglah dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen zink sekiranya anda sedang dalam rawatan.

Asid Lemak Omega 3
Kulit akan mengalami masalah sekiranya anda kekurangan asid lemak Omega 3. Bintik-bintik hitam mudah terbentuk bila kulit muka terlalu berminyak dan adanya se-sel kulit mati yang tersumbat di liang pori-pori kulit. Asid lemak Omega 3 memainkan peranan penting untuk kulit yang sihat dengan mengawal kelembapan struktur kulit yang tidak stabil serta membantu untuk mengekalkan keanjalan. Omega 3 yang baik terdiri daripada kandungan asid docosahexaenic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA) yang tinggi dan sumbernya sebaik-baiknya berasal daripada ikan air sejuk laut dalam seperti salmon, trout, sardin dan makarel.

Sumber:
Bagaimana pula Shaklee dan kulit berminyak? Ada vitamin Shaklee yang boleh membantu mengecilkan liang pori dan menyelesaikan masalah bintik hitam?

Di Shaklee juga ada Vitamin A, Zink dan Asid Lemak Omega 3 yang kami namakan;
  • Carotomax ~ sumber karatenoid terbaik yang membekalkan Vitamin A kepada badan kita. Merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja. Carotomax menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
    •    Memelihara kesihatan yang baik. 

    •    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. 

    •    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 

  • Zinc ComplexZink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.
  • Omega GuardAsid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.
Dan anda juga boleh mencuba produk penjagaan muka dari Shaklee. Saya cadangkan Set Natural Glow yang mengandungi kombinasi Nutri White dan Enfuselle bagi memberikan sinergi dan kesan yang optimum. 

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
* SMS | WhatsApp 0199109009 (Yana)
* Live chat di http:/www.facebook.com/yana.fandi.1

Saya pengedar Shaklee yang sah di Ampang. ID no 830028 (Haliyana).
COD area KL Sentral, Glenmarie Shah Alam pada hari berkerja (lunch time). Dan sekitar Ampang pada hari-hari lain & malam hari bekerja.
Pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Masalah Kulit Berminyak? Liang Pori Besar? Bintik Hitam?
Tagged on:                     

5 thoughts on “Masalah Kulit Berminyak? Liang Pori Besar? Bintik Hitam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge