Vitamin E Shaklee dan Ekstrak Biji Anggur | Pernah tengok label botol Vitamin E Shaklee tak? Ada tulis situ “Natural Vitamin E & Selenium With Grape Seed Extract”.
vitamin e ekstrak biji anggur

Hebatkan? Jadinya vitamin E Shaklee ni bukan semata-mata vitamin E tetapi diperkayakan dengan selenium dan ekstrak biji anggur. Mesti ada sebab kan kenapa Shaklee hasilkan kombinasi sebegini. Takkan saja suka-suka je nak banyakkan ingredients 🙂

Saya dah pernah kupas tentang kelebihan selenium setelah bergabung dengan vitamin E (sila klik). Jadi hari ini nak kupas lebih sikit tentang ekstrak biji anggur.

Kenapa Anggur? Apa Keistimewaan Ekstrak Biji Anggur?

Anggur mengandungi phytomedicines berkuasa yang menyediakan pelbagai faedah kepada tubuh, termasuk melegakan kesakitan, tindakan anti-radang, dan perlindungan radikal bebas.

Anggur mengandungi flavonoid yang dipanggil procyanidins oligomerik (OPC) , yang menyediakan tubuh dengan 50 kali lebih perlindungan antioksidan berbanding vitamin C atau vitamin E , dan membantu mencegah kerosakan betul pada kapilari darah seluruh badan.

Biji anggur membantu melegakan gejala-gejala yang dikaitkan dengan kerosakan radikal bebas dan sistem badan yang lemah. OPC dalam ekstrak biji anggur  juga menyeimbangkan kapilari dan meningkatkan bekalan darah ke kulit, yang membantu untuk mencegah kerosakan kolagen. Sebab itulah vitamin E ini begitu sinomin dengan kecantikan kulit kan?

Maksudnya.. Bila vitamin E dicampurkan dengan ekstrak biji anggur, kesannya 50x lebih kuasa antioksidan berbanding vitamin E sahaja. Hebatkan? 

Ekstrak biji anggur juga bertindak sebagai asid alpha-hydroxy, dan digunakan dalam banyak losyen kosmetik dan krim yang direka untuk meningkatkan tona kulit sekata dan mengurangkan kedutan halus. 


kebaikan ekstrak biji anggur

Anggur mengandungi sejumlah besar resveratrol , bahan yang bertindak sebagai anti-radang dan telah menunjukkan keupayaan untuk menurunkan kolesterol dan paras trigliserida juga memberi perlindungan antioksidan; beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu memperlahankan pertumbuhan tumor.

Sumber: UMM.edu

kebaikan ekstrak biji anggur 2

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Vitamin E Shaklee dan Ekstrak Biji Anggur.

2 thoughts on “Vitamin E Shaklee dan Ekstrak Biji Anggur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge