Gempar!!! Soya berbahaya untuk kesihatan dan menjadi punca pelbagai penyakit yang berkaitan dengan hormon seperti kanser, cyst, fibroid, dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya?

ESP Shaklee memang “hot” setiap masa. Macam goreng pisang panas!! Most wanted tak kira musim promosi buy 6 free 1 ke, atau pun tak ada promosi pun tetap diburui ramai. Tapi benarkan soya berbahaya?

ESP ~ Isoflavon Soya

Tahukah anda salah satu komponen utama ESP Shaklee adalah isoflavon soya. Soya? Bukankah soya berbahaya untuk kesihatan? Biar betul sebab dan bertong-tong dah saya telan ESP ni. Kenapa orang cakap soya merbahaya? Kerana soya dipercayai meningkatkan paras hormon estrogen. Jadi apa hal pula dengan isoflavon soya ini?

isoflavon soya selamat

Apakah yang dimaksudkan dengan Isoflavon Soya?

Isoflavon adalah bahan sayuran sekunder, yang boleh bertindak sebagai estrogen dalam badan dan mempunyai fungsi perlindungan terhadap tubuh badan. Kesan-kesan estrogen isoflavon adalah kurang berbanding hormon estrogen itu sendiri (kira-kira 1/1000 daripada hormon estrogen atau 0.1% sahaja). Inilah sebabnya kenapa isoflavon dan phyto-estrogen menjalankan kesan pengimbangan apabila tahap estrogen rendah. Sebagai contoh, semasa menopos, paras estrogen seseorang wanita adalah amat rendah. Jadi isoflavon membantu mengurangkan gejala menopos dengan cara mengimbangi atau meningkatkan kesan estrogen semulajadi itu. Isoflavon juga boleh mengurangkan kesan estrogen pada sel-sel dan lapisan kulit yang biasanya terjadi apabila tahap hormon begitu tinggi, dan kemudian pada dasarnya mengurangkan risiko kanser yang seringkali dikaitkan dengan estrogen. Secara ringkasnya, jika hormon estrogen seseorang itu begitu rendah, isoflavon boleh meningkatkan fungsi estrogennya. Dan jika paras estrogen seseorang itu begitu tinggi, isoflavon boleh membantu mengurangkannya.

Soya mengandungi banyak jenis isoflavon, tetapi yang paling bermanfaat adalah genistein dan daidzein.

Manfaat Isoflavon terhadap Kesihatan

Penyelidikan dalam beberapa bidang penjagaan kesihatan telah menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon boleh memainkan peranan dalam menurunkan risiko peyakit;

  • Mengurangkan gejala menopos ~ isoflavon soya boleh mengurangkan gejala menopos seperti panas badan, dan berupaya membantu untuk meningkatkan ketumpatan tulang di kalangan wanita (kekurangan hormon estrogen sangat berkait rapat dengan punca terjadinya osteoporosis)
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung ~ isoflavon juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular melalui beberapa mekanisme yang berbeza. Isoflavon menghalang pertumbuhan sel-sel yang membentuk lapisan plak di arteri yang boleh menyebabkannya tersumbat. Maka terjadilah serangan jantung. Terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa isoflavon adalah bahan yang aktif untuk mencegah masalah tinggi kolesterol.
  • Melindungi daripada masalah prostat ~ isoflavon juga sangat bermanfaat terhadap kesihatan lelaki kerana keupayaannya yang boleh melindungi daripada masalah bengkak kelenjar prostat. Kajian menunjukkan isoflavon boleh memperlahankan pertumbuhan sel-sel kanser prostat dan ada sesetengah kajian menunjukan sel kanser ini sama sekali tidak aktif setelah mengamalkan isoflavon.
  • Meningkatkan kesihatan tulang ~ isoflavon soya membantu dalam memelihara kesihatan dan kekuatan struktur tulang. Kalau nak tahu, ini juga sebabnya orang-orang China dan Jepun jarang-jarang sekali menderita osteoporosis walaupun mereka tidak mengambil produk tenusu kerana mereka mengamalkan isoflavon soya. Tidak hanya seperti estrogen yang membantu mencegah kemusnahan tulang, isoflavon juga turut memberi manfaat membantu dalam pembentukan tulang yang baru. Jadi, soya berbahaya kah?
  • Mengurangkan risiko kanser ~ isoflavon boleh melindungi dan menghalang terbentuknya tumor kerana ianya bertindak terhadap sel-sel kanser dengan cara yang sama dengan kebanyakan ubat-ubat untuk merawat kanser. Kajian berasaskan populasi menunjukkan kaitan yang rapat antara pengambilan isoflavon dalam mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser endometrium. Wanita yang mengambil produk soya dan makanan lain yang kaya dengan isoflavon dapat mengurangkan sebanyak 54% risiko kanser endometrium.

Isoflavon adalah antioksidan semulajadi

Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan isoflavon mempunyai sifat antioksidan yang kuat, setanding dengan vitamin antioksidan terkenal iaitu Vitamin E. Kuasa antioksidan isoflavon boleh mengurangkan risiko jangka panjang kanser dengan menghalang kerosakan radikal bebas terhadap DNA. Genistein adalah antioksidan yang paling kuat di kalangan isoflavon soya diikuti dengan daidzein.

Jadi, kesimpulannya tidak semua soya merbahaya untuk kesihatan. ESP Shaklee adalah dari sumber isoflavon soya yang terjamin kualitinya, dan satu canister ESP ini terhasil dari 30 kg Non GMO (tidak diubah sifat genetiknya) soya. Jadi tidak adil untuk terus menghukum semua soya berbahaya dan tidak elok untuk diamalkan.

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang ESP Shaklee di sini

Sumber: isoflavones.info

Mahu dapatkan ESP Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

 Vitamin Kita Shaklee

 

Saya pengedar Shaklee yang sah di Ampang. ID no 830028 (Haliyana).
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Bandar Baru Ampang dan sekitar Ampang (dengan caj penghantaran).
Pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

 

Soya Berbahaya!! Bagaimana Pula Isoflavon Soya?

4 thoughts on “Soya Berbahaya!! Bagaimana Pula Isoflavon Soya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge