Set Berpantang: Jamu atau Vitamin pilihan anda? | Pastinya ramai ibu-ibu yang sedang mencari makanan tambahan semasa berpantang, akan memikirkan beberapa perkara sebelum membeli dan memilih yang mana bertepatan dengan mereka.

set berpantang

Adakah ia selamat untuk baby? Boleh akibatkan jaundice ke? 

Adakah ia selamat untuk penyusuan? 

Adakah ia bagus untuk memulihkan kesihatan ibu selepas melahirkan? 

Berapakah kos yang diperlukan? Suplemen berpantang, suplemen untuk penyusan, dan suplemen untuk kembali langsing? 

Sejauh manakah kebaikan mengamalkan produk tersebut? 

Set Berpantang: Jamu atau Vitamin lebih baik?

Ada yang berpendapat jamu lebih bagus kerana itulah yang diperturunkan dari zaman nenek moyang kita. Amalan turun temurun untuk ibu-ibu yang bersalin. Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang sedikit lama untuk menguraikan jamu tersebut demi mendapatkan khasiat dan nutrien yang terkandung di dalamnya. Adakalanya jamu ini sedikit panas untuk sesetengah orang dan mungkin akan menimbulkan sedikit masalah sembelit dan mungkin juga boleh mengakibatkan jaundice kepada bayi. 

Berbeza dengan vitamin, agak “modern” bagi sesetengah orang tapi bagi saya kesannya lebih kurang sama. Cuma agak “friendly” dengan badan kita. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan dengan cepat dan pengambilan air yang mencukupi akan membantu penyerapan yang lebih baik. 

Set Berpantang Pilihan Saya?

Pengalaman saya sendiri yang dah 3 kali berpantang, dan dah merasai 3 macam cara. Anak pertama, saya konsisten dengan produk homeopathy. Best terasa badan tapi luka jahitan lambat kering, masalah buang air besar, dan buasir yang saya dapat semasa bersalin pun lambat kecut. Masa tu saya cuma fikir “owh macam ni rupanya orang berpantang rasa” tanpa memikirkan orang lain lebih baik pengalamannya. Hihihihi.. Anak 1st la katakan. Macam tak kisah je kan.

Pengalaman anak ke 2. Disebabkan dah macam tak best pengalaman anak pertama tu, saya lebih teliti buat pembacaan. Baca di internet dan di ruangan forum untuk memilih set bersalin yang best. Dan selepas berpuas hati dari hasil pembacaan, saya pun memilih satu produk jamu yang termasyhur di Malaysia ni. A-Z saya beli sehingga kos pun dah memcecah RM400 untuk 40 hari berpantang. Tetapi, anak saya pula teruk kena jaundice dan doktor menasihatkan saya stop terus ambil jamu tu. Tak sesuai kerana saya breastfeed. Owh! Ruginya rasa. Tetapi saya teruskan juga pengambilan tu setelah 2 minggu selepas bersalin. Tak bestnya rasa sakit-sakit badan tanpa makan apa-apa sepanjang 2 minggu tu. Saya jadi moody, saya jadi cepat nak menangis.. tambahan pula kali ini berpantang sendiri di rumah sendiri.

Tetapi pengalaman ke 3 memang the best!! Saya pilih set berpantang 100% dengan Shaklee. Anak alhamdulillah dengan izin Allah juga bebas jaundice. Luka jahitan cepat kering, tiada masalah sembelit, anak pun tak meragam sebab susu saya Alhamdulillah banyak dan dia sentiasa kenyang.  Ramai yang memuji muka saya lebih fresh dan merah-merah ceria sahaja sepanjang berpantang. Berbeza dengan 2 pantang terdahulu yang pucat je. Best memang best!! Saya dah rasa lebih bertenaga dan segar untuk buat kerja rumah sikit-sikit selepas 2 minggu bersalin. Alhamdulillah

Nak tau apa yang saya amalkan? Set ini la. Sekarang berat pun maintain seperti zaman anak dara dulu lagi tau. Baju-baju dan seluar yang 10 tahun lepas pun masih boleh muat. Best!! Yang tak bestnya dah tak de alasan nak shopping baju baru banyak-banyak 🙂

set pantang shaklee

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Set Berpantang ~ Jamu atau Vitamin?
Tagged on:                             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge