Bila google tentang ESP, rata-rata entry mesti cakap “rendah Indeks Glisemik”. Tapi apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan Indeks Glisemik (GI-Glesemic Index)?

Indeks Glisemik (GI) ialah kadar penyerapan karbohidrat pada skala 0-100 dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah. Secara ringkasnya, semakin cepat kadar penyerapan/penguraian ini, semakin tinggi indeks glisemiknya. 




Pentingkah GI yang rendah?

Terdapat bukti saintifik yang kuat untuk menyokong bahawa makanan rendah GI boleh memberi manfaat untuk pencegahan dan rawatan beberapa penyakit kronik. Diet rendah GI juga secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi banyak proses fisiologi yang berkaitan dengan kesihatan dan prestasi, termasuk aktiviti fizikal, fungsi kognitif, peraturan selera makan dan keseimbangan tenaga.

Contoh makanan dan Indeks Glisemik



Berapa pula Indeks Glisemik Untuk ESP?
Ya, Indeks Glisemik untuk ESP hanya 39 sahaja. Dan masih dikatagori RENDAH. Kalau dilihat dalam list of foods ni, agak-agak macam sebiji apple sahaja kan!




Apa faedah makanan rendah Indeks Glisemik ini terhadap kesihatan?

Mengawal Berat Badan
Makanan rendah GI adalah lebih perlahan dicerna yang menjadikan kita boleh menikmati rasa kenyang untuk tempoh lebih lama dan oleh itu melambatkan rasa lapar yang mungkin berlaku antara waktu makan. Ini menghalang kita makan secara berlebihan dan memastikan kawalan kalori. Secara langsungnya boleh menurunkan berat badan kan?

ESP: Rendah Indeks Glisemik, Memberi Tenaga Berpanjangan, MengawalSelera Makan dan Membantu Menurunkan Berat Badan

9 thoughts on “ESP: Rendah Indeks Glisemik, Memberi Tenaga Berpanjangan, MengawalSelera Makan dan Membantu Menurunkan Berat Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge