Satu demi satu persoalan yang timbul. Baru selesai isu “Alfalfa Berbahaya”, timbul lagi isu Shaklee Tak Halal.
 
Terpanggil untuk membuat rumusan ringkas dan memberi jawapan PADAT atas soalan yang dikemukakan. Tambahan pula, malam ini banyak sms yang saya terima tentang ini
 
Ok.. Mari saya jelaskan di sini. Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan di USA dan Shaklee mendapat kelulusan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA). Samalah dengan kita di Malaysia yang ada JAKIM untuk mengiktiraf ke”HALAL”an sesuatu produk, di USA pula ada ISA dan beberapa badan yang lain untuk menjalankan kerja yang sama. Dan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM! Shaklee (M) ada berkongsi sijil HALAL ini setiap tahun dan biasanya yang terbaru akan di upload pada FEBRUARI setiap tahun, dengan expiry datenya adalah 31hb Dec tahun tersebut.
 
Anda boleh semak sijil halal Shaklee di sini
 
Ini pula pautan laman web JAKIM yang mengesahkan bahawa telah mengiktiraf ISA, sebagai badan khas luar negara yang diyakini HALAL.
 
 
Dan ini pula serba sedikit penerangan ringkas tentang ISA dan hubungannya dengan JAKIM. Boleh baca selanjutnya di sini

 

Jadi, berbalik kepada isu SMS asal tadi, Ya!! Carian “HALAL” Shaklee (M) Products Sdn Bhd memang betul ia tidak akan ditemui diportal JAKIM. Kerana yang mengesahkan Shaklee ini HALAL adalah ISA. Dan ISA pulak telah diiktiraf oleh JAKIM.
 
Jelas? Sebenarnya tidak timbul soal SHAKLEE TAK HALAL ini kerana produk Shaklee pasaran Malaysia adalah unik dan tidak sama dengan keluaran untuk negara-negara yang lain. Lebih baik kita jelaskan apa yang samar dari terus menghebohkan berita yang tidak pasti kesahihannya tambahan pula sesuatu yang melibatkan hukum Halal Haram ini.
 
Shaklee Tak Halal? Betul ke Haram?
Tagged on:

One thought on “Shaklee Tak Halal? Betul ke Haram?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge