Ikan adalah makanan otak. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa ikan adalah sumber terpenting terhadap kesihatan otak [sumeber: ScienceDaily]. Biasanya kepentingan asid lemak ini hanya akan ketara setelah sesorang itu mengalami kesan kekurangannya. Mereka yang tidak mendapat khasiat Omega 3 yang secukupnya di dalam diet seharian berdepan risiko besar mengalami gangguan emosi dan mental seperti demensia, kemurungan, hilang daya fokus dan tumpuan, disleksia, dan juga schizophrenia (sejenis penyakit jiwa). 

DHA dari Omega 3 merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetlycholice dan membantu sel-sel berhubung. Para pengkaji percaya Omega 3 membantu sel membran lebih elastik dan mampu berhubung dengan lebih pantas. Omega 3 juga membantu pengaliran darah yang lancar ke saluran otak. 


Kajian juga mendapati asid lemak Omega 3 adalah “brain-boosting“. Berupaya meningkatkan tumpuan belajar dan daya ingatan. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengamalkan minyak ikan Omega 3 dalam diet harian mereka lebih berdaya saing dan cemerlang di sekolah, mendapat markah tinggi dalam ujian dan kurang masalah disiplin berbanding mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen. 


Sebenarnya pengambilan Omega 3 ini sepatutnya bermula dari dalam kandungan. DHA dipindahkan melalui plasenta ibu kepada fetus semasa di dalam kandungan dan melalui susu ibu semasa proses penyusuan selepas lahir. Jadi, ibu-ibulah yang memainkan peranan penting di sini. Bayi sangat-sangat memerlukan DHA terutamanya pada 2tahun yang pertama untuk sel otak berkembang dengan sempurna. 

Sumber http://health.howstuffworks.com/

Di Shaklee, kami ada OmegaGuard, sumber minyak ikan terbaik di dunia? Tak percaya? Anda nilaikannya sendiri. 

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
# SMS | WhatsApp 0199109009 (Yana)
# Live chat di http:/www.facebook.com/yana.fandi.1

Saya pengedar Shaklee yang sah di Ampang. ID no 830028 (Haliyana).
COD area KL Sentral, Glenmarie Shah Alam pada hari berkerja. Dan sekitar Ampang pada hari-hari lain.

Omega 3 untuk Kesihatan Otak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge