CoQ10 dan kolestrol mempunyai “hubungan akrab” yang saya kira amat menarik untuk dibongkarkan di sini. Satu proses “penuaan” yang amat menyakitkan untuk kita semua tetapi dalam kita tidak sedar jumlah nutrien yang kita perlukan dalam badan untuk menghalang “proses penuaan” itu semakin lama semakin berkurangan sejajar dengan pertambahan usia, dan itulah sebanarnya CoQ10.
CoQ10 yang juga dikenali dengan Koenzim Q10 adalah enzim semulajadi yang terhasil di dalam badan kita dan mempunyai tugas khas untuk menghasilkan tenaga. Secara ringkasnya, kita amat memerlukan CoQ10 untuk sel-sel badan memproses dan menggunakan tenaga dengan lebih efisyen.
Apa hubungan CoQ10 dan Kolestrol?
Paras CoQ10 yang rendah boleh menghasilkan pembentukan kolestrol LDL (kolestrol jahat) di dalam salur darah dan hubungan ini ada kalanya terbentuk bertahun-tahun lamanya di dalam badan kita tanpa kita sedar.
 |
Paras CoQ10 yang rendah akan menggalakkan terhasilnya LDL di dalam badan |
Anda mungkin tertanya “tidakkah dengan mengambil ubat kolestrol akan merendahkan paras LDL dan juga mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke?’
Well, jawapan sebenarnya “ya” tetapi TIDAK. Ada kajian telah menunjukkan bahawa ada kaitan antara kesan oksida yang kuat pada salur darah dan paras CoQ10 yang rendah pada otot jantung. Kekurangan CoQ10 akan menyebabkan proses pengoksidaan pada salur darah itu akan lebih mudah terjadi.
Kajian saintifik membuktikan bahawa kombinasi Vitamin E dan CoQ10 mampu membuatkan LDL lebih kuat melawan kesan oksida berbanding apabila Vitamin E digunakan tanpa CoQ10. Pengoksidaan LDL sangat bahaya dan merupakan punca utama yang menyebabkan arteriosclerosis iaitu masalah pada koronari jantung.– Stephen Sinatra M.D. F.A.C.C
 |
CoQHealth Shaklee adalah gabungan hebat CoQ10, Vitamin E & Ekstrak Teh Hijau |
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh pakar sains, sebanyak 75% pesakit arteriosclerosis menunjukkan paras CoQ10 yang sangat rendah dalam otot jantung mereka.
 |
Proses pengoksidaan pada LDL akan menyebabkan terhasilnya plak yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat |
Walaupun dengan menggunakan statin (untuk mengurangkan paras kolestrol LDL) sedikit sebanyak membantu mengurangkan paras kolestrol, terdapat beberapa kesan sampingan negatif daripada pengambilan “dadah” ini yang perlu diambil kira, tambahan pula “dadah” ini sama sekali tidak membantu mencegah proses oksida pada LDL seterusnya menghasilkan plak pada salur darah.
Jadi, Bagaimana CoQ10 membantu?
Pertama, CoQ10 adalah sumber antioksida semulajadi. Antioksida berupaya melawan tindakan radikal bebas di dalam badan kita yang mana akan menyebabkan pengoksidaan sel. Dan hasil pengoksidaan sel dan darah itulah puncanya terbentuk kolestrol LDL. Apabila proses oksida ini telah terjadi kepada sel-sel badan, ia akan mula berkembang tidak menentu dan tanpa kawalan yang juga berkemungkinan boleh mengakibatkan kanser.
Kedua, dengan pencengah pengoksidaan dari radikal bebas, LDL di dalam darah kurang berisiko menghasilkan plak yang akan mengakibatkan salur arteri tersumbat. Walaupun kita masih mempunyai LDL yang tinggi, tetapi plak yang terhasil cuma sedikit sahaja sekiranya tahap CoQ10 badan kita stabil dan mencukupi.
Hmmm… rasa seram pulak bila tahu bahawa badan kita semakin terdedah kepada pelbagai risiko. Semakin usia bertambah, semakin proses penuaan pantas berlaku.. dan semakin hilang pula nutrien dalam badan kita. Sebab itulah pentingnya kita meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Jom dapatkan Shaklee CoQ10 yang kami namakan CoQHealth Plus yang nyata lebih istimewa berbanding jenama lain Keistimewaan CoQHealth Plus Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
Saya pengedar Shaklee yang sah di Ampang. ID no 830028 (Haliyana).
COD area Sogo KL, Glenmarie Shah Alam pada hari berkerja. Dan sekitar Ampang pada hari-hari lain.
Related