Coenzyme Q10 ialah vitamin-like enzim yang didapati dalam mitokondria (loji kuasa sel) badan. Peranan utama CoQ10 adalah untuk membantu mitokondria menuai tenaga yang dihasilkan “adenosine triphosphate” (ATP) dari makanan yang kita makan. Faktanya, lebih 75% tenaga badan kita terhasil dari proses ini, jadi apabila paras CoQ10 badan kita rendah maka pengeluaran ATP juga turut berkurangan dan seterusnya tenaga yang dihasilkan juga akan mengalami penurunan.
Tahukah anda apa kesannya bila CoQ10 badan kita semakin berkurangan?
Keletihan Mental & Fizikal
CoQ10 amat penting dalam menghasilkan tenaga untuk badan bergerak aktif dan sihat. Kekurangan paras CoQ10 badan boleh mengakibatkan seseorang itu mudah berasa penat dan letih walaupun cuma menghabiskan beberapa minit untuk berjalan. Paras CoQ10 yang rendah juga boleh menyebabkan seseorang itu mudah “penat otak”, seperti kesukaran untuk memberikan fokus dalam menyelesaikan sesuatu kerja juga memori/daya ingatan merosot. Mereka yang kekurangan CoQ10 juga akan turut mengalami perubahan “mood” seperti hilang keghairahan, selalu bercelaru, mudah marah, dan sukar menangani tekanan.
Kesakitan Kronik
Produksi ATP (penghasilan tenaga) sangat berkait rapat dengan keupayaan melawan sakit dalam diri seseorang. Mereka yang kekurangan CoQ10 akan lebih kerap merasai sakit kepala, migrain, sakit rahang, sakit otot atau sengal-sengal sendi. Dan mereka juga berisiko untuk mendapat fibromyalgia, iaitu salah satu penyakit kronik yang disebabkan oleh kesakitan-kesakitan anggota badan secara teruk dan juga sensitif terhadap sentuhan dalam jangka masa yang panjang.
Sistem Imun yang Lemah
Mereka yang kekurangan CoQ10 mudah terdedah dan terkesan dengan sejuk serta virus selsema. Mereka juga mudah dijangkiti masalah gusi. Tanpa tenaga yang mencukupi, badan kita tidak berupaya menghasilkan antibodi sebagai penebat dan pelindung kepada sel-sel badan.
Pertambahan Risiko Sakit Jantung dan Obesiti.
Paras CoQ10 yang rendah menyebabkan keradangan yang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, masalah kolestrol dan meningkatkan risiko sakit jantung. Kekurangan coenzim Q10 ini juga boleh mengganggu pengeluaran tenaga di dalam otot jantung dan seterusnya melemahkan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Terdapat juga satu kajian ke atas sekumpulan orang obes dan mendapati kandungan CoQ10 di dalam badannya adalah 52% lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal. Oleh sebab itulah pakar penyelidik percaya bahawa mereka yang mempunyai paras CoQ10 badan yang rendah akan lebih mudah gemuk dan lebih sukar menurunkan berat badan.
Masalah Neurologi.
Paras CoQ10 yang rendah juga berkait rapat dengan beberapa masalah kesihatan otot dan saraf termasuk ensefalomielitis myalgic, penyakit Parkinson, penyakit Huntington dan sklerosis lateral amyotrophic.
Sumber: www.livestrong.com
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
# Pm admin di www.facebook.com/messages/VitaminKita
# SMS | WhatsApp 0199109009 (Yana)
# Email yanavitaminkita@gmail.com
# Live chat di http:/www.facebook.com/yana.fandi.1
Saya pengedar Shaklee yang sah di Ampang. ID no 830028 (Haliyana).
COD area Sogo KL, Glenmarie Shah Alam pada hari berkerja. Dan sekitar Ampang pada hari-hari lain.
CoQ10: Bahaya Kekurangannya Kepada Sistem Badan