Sambil melayan mata yang masih segar (banyak minum Performance drink kot waktu berbuka tadi), saya tergerak hati nak kongsi cerita bagaimana saya bermula dengan Shaklee.

Diam tak diam dah setahun genap rupanya saya berpart-time biz bersama Shaklee dah sudah setahun juga saya menjawat jawatan Owner juga CEO Vitamin Kita. Hihihihi ^_*
Secara jujurnya saya amat happy dan enjoy. Tak pernah rasa “sengek” sangat kerana bonus Shaklee masuk di tengah-tengah bulan. Hujung bulan dah terima gaji lagi. Seolah-olah macam gaji 2x sebulan. Alhamdulillah. Ada orang kata “tak apa tak kaya asal cukup makan”.. Tapi bagi saya “mesti kaya sebab dengan kaya kita boleh bantu orangnlain.. Boleh bayar zakat lebih, boleh sedekah tanpa perlu berkira-kira, dan boleh bantu lebih ramai orang di sekeliling kita”

Bagaimana saya bermula?

Segalanya bermula tanpa disangka dan secara tak sengaja. Saya mula mendaftar ahli pun secara tak sengaja bila dapat FREE MEMBERSHIP kerana “memborong” vitamin lebih RM680 waktu itu, sekitar awal tahun 2010. Waktu itu saya mencari supplements untuk membantu saya kekal aktif dan sihat supaya proses penyusuan anak ke 2 saya berjalan lancar. Ye, kerja hakiki saya di sebuah institusi kewangan terkemuka menuntut saya untuk sentiasa komited, dan selari dengan itu stress pun melanda. Tetapi dengan izin Allah, saya kekal positif dan relax sepanjang mengamalkan Shaklee dan berjaya melengkapkan proses penyusuan sehingga anak saya berumur 2 tahun. Alhamdulillah.

Tidak terhenti di situ, saya masih terus meng”Shaklee”kan diri sebaik sahaja mengandung anak ke3. Memang saya benar-benar jatuh cinta sekali lagi waktu itu. Melalui fasa menyusukan anak, merancang kehamilan, dan kini fasa kehamilan dengan Shaklee memang ternyata banyak membantu. Semuanya menjadi lebih mudah dan masalah kesihatan juga amat jarang sekali terjadi. Segalanya dengan izin Allah juga. Betul, saya pengamal setia Shaklee waktu itu.

Namun segalanya berubah setelah kelahiran anak ke3. Saya tak tahu dan tak sedar bagaimana ianya bermula kerana sebaik sahaja abis tempoh berpantang (sekitar July 2012), bertalu-talu order saya terima walaupun tanpa promosi ketika itu. Saya mula “merasai” keseronokan berShaklee walaupun waktu itu customer saya cuma rakan-rakan terdekat. Bermula dengan 2 angka bonus, berganjak ke 3 angka, semakin bertambah ke 4 angka sebulan.. Dan segalanya tidak mustahil untuk mencapai 5-6 angka sebulan.
Alhamdulillah, kami sentiasa ada bekalan stok sedikit untuk memudahkan urusan biznes
Sebahagian ready stock

Saya semakin jatuh cinta dengan Shaklee, Alangkah seronoknya berbusiness Shaklee ini kerana kerja hakiki saya di pejabat tetap berjalan seperti biasa. Order terus-terusan masuk tanpa mengganggu urusan pejabat. Ke mana saya pergi dan apa yang saya buat pun urusan business tetap berjalan. Alhamdulillah. Shaklee benar-benar pilihan yang bijak. market saya juga bertambah besar, customer online sudah serata Malaysia. Rakan-rakan kongsi saya juga semakin bertambah, ada di Johor, Pahang, Kelantan, Perak, Sabah, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur sendiri. Dengar macam susah nak coaching kan? Tapi semuanya berjalan lancar dengan teknologi di hujung jari. Apa yang penting ada internet *_^

Bersama Master Arnie, upline merangkap guru Shaklee saya

Beruntungnya saya kerana mempunyai Upline yang juga guru saya selama ini. Dia lah yang sabar melayan kerenah saya dan dia jugalah yang sentiasa membimbing saya tanpa jemu. Terima kasih Master Arnie 😉

Saya mempunyai impian besar dengan Shaklee dan saya yakin segalanya mampu dicapai jika saya terus dan terus berusaha.

Bersama kawan-kawan Shaklee seangkatan. Seronok berShaklee kerana sessi training pun boleh bawa famili. Memang happening

Kepada anda yang mahu menyertai keluarga besar Vitamin Kita, jom hubungi saya sekarang. Lokasi di mana anda berada tidak menjadi halangan kerana kami menyediakan online coaching untuk anda. Yang penting kesungguhan dan keazaman untuk berjaya. Part-time atau full-time juga tidak menjadi masalah kerana usaha anda yang menetukan “bonus” anda. Saya gembira bila boleh berkongsi dan beriringan menuju puncak kejayaan bersama anda!!
Bestnya Business Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge