Tips Minum 3 Liter Air Sehari | Susahnya nak minum 3 liter air sehari kan? Kadang-kadang tu nak habiskan 1 liter pun bukan main lagi bercinta.

1) “Tak buncit perut ke kalau minum air banyak2?”

2) “Kena minum air sampai 3 liter ke? Tak ke nanti asyik ulang alik ke tandas?”

3) “Macamana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya..”

Ini antara soalan yang selalu diajukan setiap kali saya nasihatkan untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Jangan takut minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu untuk mengurangkan berat badan.

Minum Air 3 Liter Boleh Perut Buncit?

Perut buncit? Jangan takutlah.. kan Rasulullah mengajar kita untuk cara minum yang betul;  minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus  jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa bernafas  tidak meniup ke dalam air samaada untuk mengurangkan haba (air panas) atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnya

Sangat penting untuk tidak bernafas kerana gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan dari hidung atau mulut semasa bernafas/menghembus akan bercampur dengan air (H2O) dan seterusnya membentuk karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu janganla makan bersulamkan minum.. Itu juga salah satu penyebab perut buncit tau. Seelok-eloknya minum air 20-30 minit sebelum makan. Bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman tetapi juga boleh mengawal kita untuk tidak makan terlalu banyak. Kan perut pun jadi cantik dan tak buncit ^_*

Perlukah Minum 3 Liter Air Sehari?

penting minum air

Ya, memang kena minum air yang banyak. Tapi bukan banyak sekaligus. Kita ambil contoh kalau kita siram pokok di dalam pasu dengan sebaldi air sekaligus, sudah tentu pasu boleh pecah. Begitu juga dengan badan kita. Boleh memudaratkan sekiranya kita minum sekaligus dalam sesuatu masa. Anda boleh lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan suplemen Shaklee, InsyaAllah

Tips Minum 3 Liter Air Sehari

Meh saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu

minum segelas air (250ml) sebaik sahaja bangun tidur, ini dikatakan salah satu petua awet muda juga

❤ ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air  minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan

❤ minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam

❤ letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik sewaktu tidur, di dalam kereta supaya kita  boleh terus minum sewaktu dahaga

❤ minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan

❤ minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit

❤ cek pengambilan air secara detail. saya suka menetapkan setiap botol 500ml mesti dihabiskan dalam masa 2 jam sewaktu di ofis. jadi, saya akan menghabiskan sekurang-kurangnya 2.5 liter air dari pukul 8:00pg sehingga pkl 5:30ptg.

cara minum air 3 liter

Senangkan? Boleh tak kalau ikut tips ni? Kalau dah minum cukup air, kuranglah sikit rasa nak makan. Tambah-tambah lagi makanan ringan yg memang syok sangat dimakan petang sesambil mata dok ngadap pc (ini utk mereka yang berkerja seperti saya.. hehehe.. berdasarkan pengalaman sendiri). Maka kita pun akan lebih sihat dan bertenaga.

Boleh juga amalkan tips dari jadual di bawah ini.

tips minum air cukup sehari

 Semoga bermanfaat untuk semua **muaaahh**

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

 

Tips Minum 3 Liter Air Sehari
Tagged on:     

5 thoughts on “Tips Minum 3 Liter Air Sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge