set penyusuan 3M shaklee

Set Penyusuan 3M Shaklee ~ Most popular set ever!!

Saya sendiri memang mengamalkan set Penyusuan 3M (Makes More Milk) ini. Start dari pregnant (tanpa alfalfa), kemudian top up Zinc Complex dan Vitamin E semasa pantang sehinggalah sekarang, menyusukan baby berusia hampir 11 bulan. Alfalfa pula saya tambah setelah sebulan selepas bersalin. Bestkan Shaklee?? User friendly, dan pocket friendly juga.. sesuai bila-bila dan untuk sesiapa sahaja

 Apa yang ada dalam Set Penyusuan 3M?

ESP (protein)

 Vitalea (multivitamin)

 B Complex

 Vitamin C

 Alfalfa Complex

 Ostematrix (kalsium+magnesium+vitamin D)

Apakah kegunaan supplemen-supplemen dalam Set Penyusuan 3M? 

❤ Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

❤ Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

❤ Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

❤ Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

❤ Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

❤ Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

 Sumber: Majalah Shaklee Today

Benarkah Set Penyusuan 3M Banyakkan Susu?

Tetapi harus diingat bahawa pengambilan vitamin ini bukan semata-mata untuk memperBANYAKkan susu badan. Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Saya mengaku sering culas dan sambil lewa memilih makanan berkhasiat. Sibuk, kekangan masa memang alasan utama saya. Walaupun saya sedar sebenarnya apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu.

Dengan alasan itu jugalah saya amalkan supplement yang saya percaya sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Walaubagaimanapun, untuk berjaya di dalam penyusuan, ibu-ibu perlu (wajib!) memahami konsep “supply vs demand”. Makanlah suplemen atau apa jua milk booster pilihan anda, tetapi jika anda tidak mengosongkan payudara sekerapnya dengan apa jua alasan, percayalah, susu anda tidak akan banyak.

Jom sama-sama kita berusaha. Demi yang terbaik buat si manja!!

 * produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit 

* konsultasi percuma untuk pelanggan Vitamin Kita selepas pembelian.

Bagaimana mahu mendapatkan Set Penyusuan 3M Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Vitamin Kita Shaklee

Set Penyusuan 3M ~ Makes More Milk
Tagged on:                                 

3 thoughts on “Set Penyusuan 3M ~ Makes More Milk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge